Tuesday, July 30, 2013

Buka Puasa

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera


Rasanya semenjak dah seminggu kerja.. aku dah jarang-jarang jengah kesini apetah lagi mengupdate blog... hehe. ok lah, cerita pasal Puasa tahun ni, aku rasa terisi sedikit dengan macam-macam program, berbanding tahun lepas,  ermm banyak berbuka puasa dirumah je.. sebab lagi best masakan ibu, dari makan atau beli makanan diluar. ( berkesempatan berpuasa tahun ni dirumah )

Tapi puasa kali ni ada juga 2 jemputan berbuka diluar, yang pertama Iftar perdana sekolah saya mengajar di SMK Tengku Mahmud (26 julai 2013), dan ke-2 SK Parit bunga (29 julai 2013), tempat praktikal masa mengajar dulu..

Alhamdulillah, rezeki bulan puasa kan, dapat makan percuma, bukan selalu dapat jemput macam ni, hehe. Sangat seronok, jumpa dan dapat bersua semula dengan rakan-rakan Guru semasa di SKPB, macam lama je tak jumpa, huhu. di STMI, sebenarnya baru masuk 2 minggu mengajar disitu sebagai guru ganti, tapi alhamdulillah, dah mula serasai dan senang bergaul dengan cikgu disitu yang agak peramah dan mudah mesra. 

banyak pengalaman dan belajar suatu yang baru bila berjumpa dan bersemuka bila hadiri majlis seumpama ni kan. apa pun setiap perkara mesti ada kebaikan yang dapat kita memberi dan berkongsi. yup.. harini dah masuk 20 ramadhan, dan akan masuk fasa terakhir bulan ramadhan.. apa pun sama-sama kita rebut peluang dan banyakkan amalan yang boleh diisi untuk manfaat bersama..

#selamatberpuasa


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers