Thursday, August 8, 2013

puasa dan raya 2013

29 Ramadhan, hari terakhir berpuasa untuk tahun ni.. erm rasa sangat sekejap dah cukup sebulan.. macam tak percaya kan.. tapi percayalah sebab kita dah lalui puasa selama sebulan. Alhamdulillah dapat habiskan puasa dengan penuh lapang dada harap puasa dan amalan kita diterima Allah.. & mudah-mudahan masih ada ramadhan untuk tahun hadapan.. ~amin.

Aktiviti aku harini dirumah saja.. tak keluar kemana-mana, sibuk sedikit.. walaupun pada asalnye tak la nak meriah sangat raya.. tapi, tiba-tiba jadi meriah.. magik tak? haha.. tak ada yang mustahil melainkan yang yang tak mustahil.. paham tak penerangan aku macam tu? erkk!

ok macam ni, sebenarnya tahun ni adalah tahun berjimat cermat, sebab segala kelengkapan raya, semua dah lengkap.. jadi tinggal lengkapkan mana yang tak lengkap.. maksudnya, guna apa yang ade je.. senang cerita..belit-belit orang bace entry aku..hehe.

jadi harini aku banyak habiskan masa, menolong ibu didapur, mengemas rumah, dan buat apa yang patut untuk persiapan berbuka dan raya.. antara aktiviti yang dijalankan.. seperti, ehh.. dah macam buat karangan SPM la pulak.. oklah layan je photo-photo aku yang bajet retis ni..


tadaa!! menganyam ketupat je padahal.. tu pon nak kecoh sangat kan.. haha.. maklumlah setahun sekali..
actually nak cerita, excited coz dapat belajar ilmu baru harini dalam sejarah, "buat ketupat bantal.." tu diaa.. gempaq bunyinya laginya.. ok stakat ni tu je nak cerita.. dan akhirnya berjaya buat bagi pihak adik aku.. aku masih ditahap amatur je... ahaha.

tak meriah kan kalau tak ada ketupat.. memang sudah jadi tradisi kalau 1 syawal dengan juadah ketupat, rendang, serunding.. tak terkecuali yang lain-lain.

ok sampai disini je.. apa pun, hargai masa yang ada untuk diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.. dikesempatan ini, saya bagi pihak Crew "kembar seorang jejaka", ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. halakan apa yang terkurang dan terpakai

No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers