Tuesday, June 25, 2013

Syura Juara MasterChef Selebriti Musim ke-2

Tamat sudah MasterChef selebriti musim ke-2, Tahniah buat syura yang menyandang Juara MasterChef Selebriti kali ni ek, siapa sangka, syura yang beranggapan dirinya tidak begitu pandai memasak.. tapi menang untuk MasterChef kali ni..haa! tak mustahil bukan, kalau terus cuba dan berusha!
mcm aku jugak la..(ecewah..perasan)

Dari mula MasterChef musim ke-2 ni juge, dah minat dengan watak dan cara syura ni, membawa imej bertudung, sangat berbeza dengan imejnya dulu sebagai penyayi. syura juga bersifat santun dan seorang yang merendah diri.

tak lupa pada Celina yang sama-sama ke peringkat akhir, tahniah juga buat dia!
suatu pencapaian yang baik kan, bukan senang nak sampai ke peringkat akhir macam tu..

yup! sengit juga tengok hidangan yang diorang sajikan tadi, masing-masing hebat.
rasa tu macam meleleh juga air liur tengok hidangan diorg,(bila la teringin dapat masak or makan cmni)
hahah..

apa pun, alhamdulillah.. rezeki buat syura sekeluarga dan anak-anaknya..
Tahniah Sekali lagi.. moga terus maju dalam bidang masakan

buat saya juga moga rajin masak2.. dah nk kawin dah ni.. ops!

No comments:

Post a Comment

Followers