Tuesday, March 29, 2016

Keterujaan Kinabalu

Salam sejahtera.. lamanya rasa tak update blog aku ni.. 
bersawang dah.. macam bertahun juga ni.. hehe.. eh.. tetiba pulak rasa nak update kot..
salah satunya sebab teruja nak update pasal trip ke gunung kinabalu haritu..


permulaan memang tak le rancang sangat pun nak naik gunung kinabalu ni, 
cuma festime masa sampai sabah ni ada la teringin nak mendaki kalau2 ada rezki bila2 nanti..
tup2 yang tak dirancang tu le jadi.. huhu. hujung tahun lepas lagi booking.. kawan mengajak kebetulan ada kosong trip gi hiking ada 4 orang lagi untuk mac 2016.. so kena awal booking sbb diorang akan buat permit untuk hiking sekurang2nya sebulan.. in case kalau2 ada apa2 kan.. kalau pergi mana2 pon begitu juga.. msti ada permit.. mula2 tu berfikir juga nak pergi ke tak.. gunung kinabalu kot.. bukan gunung2 biasa.. haa..
aku ni dah le bukan fitness sangat extrame bersukan..sekali-sekala jela. semenjak2 duduk tawau ni la..baru start balik rajin bersukan, ikut2 aktviti outdoor.. memancing ah terutamanya.. haha...lain beno minatnye. ok le kot kan..kira ala2 fitness kasi peluh badan, haha
so sebulan sebelum pi hiking ni memang da pulun habis2 berjogging juga petang2..
semangat punye pasal.. hehe. takde yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu yg extreme kan.. ecehh..

so mase tengok pakej hiking ni.. harga RM450.. ok la ni, antara yang murah juga..sebab banyak pakej yang harga 450 keatas setakat yg jumpa.. jadi kitorang pun proceed la yg ni.. ragu2 gak mula2 tu takut agent betul je tidak kan.. tapi bila tengok aktiviti dalam grouping hiking ni memang banyak diorang buat program hiking, pi macam2 tempat.. selalu post gambar di facebook..
jadi ok la.. memang menarik.. then kami trus booking

bermain2 gak kat fikiran sbb baru tahun lepas gempa bumi kat kundasang
perasaan  tu berbaur2 juga.. tapi think positif jela.. kalau nak fikir tentang musibah ni..
bila-bila masa je Allah boleh uji kan.. bukan la kita cakap besar..
apa pun atas pergantungan kita pada Dia yang berkuasa..berserah dan tawakal.. 
bagi aku yang penting niat kita baik dan molek, sekurangnya dapat belajar pengalaman baru,
dan boleh eksplorasi suasana permandangan di atas tu.. suatu keagungan Allah yang jarang2
kita tengok dan alami.

trus pada hari kejadian.. 25 Mac, ngam2 cuti good friday di sabah ni.. jadi kami memang dah plan
decide tarikh tu.. bergerak dari tawau ke kundasang... sampai kundasang kami tidur di hotel yang
di cadangkan bro yang bawa kami naik gunung ni.. di TM resort.. memang cantik dan selesa tempatnya. malam tu kami dibreafing sama bro saidin.. pengurus yang bawa kami naik gunung ni.. malam tu skali ada pakej makan bbq, memang terbaik bro..haha

so esoknya pagi2 lagi jam 5 lbh kami dah siap2 gerak ke kinabalu park..
cari parking kat kinabalu park awal2..sebab kami diberitahu full house harini yg naik haiking 150 orang.. takut full kan tempat parking..kalau parking luar, bimbang secure jela..
jadi kami di berafing skali lagi dengan malim gunung, prsediaan sebelum mendaki hingga ke laban rata..untuk hari pertama, berdebar gak masa tu.. tapi buat2 biasa jela..

ni first gambar dekat kinabalu park 


kami la 4 orang antara last mngisi kosong trip ni.. haha..terbaik geng 

tak sangka.. abang dari sarawak yg kiri tu skali kami.. orang paling awal sampai laban rata
2 jam lbh je dah sampai.. haha.. memang fit la dia ni.. biasa juga hiking katanya
memang hebat.. tak terkejar aku.. tapi yang penting sebelum hiking ni mesti
kene stracing cukup2 dan persedian fizikal mental paing penting
kalau pergi suka-suka, tiada persediaan.. memang boleh kram kaki..


ini gambar antara laluan sepanjang pendakian yang sempat digambar




sepanjang laluan akan jumpa pondok2 dan chek point untuk rest and go
masa hiking tu.. mcm2 perkara yang akan berlaku.. rasa susah nak stabilkan keadaan cuaca dan nafas masa bergerak.. rasa pening.. kebas kaki..penat rasa lapar..that why persedian msti kene cukup lagi2 minyak angin,bar coklat dan bekalan air mineral secukunya..

apa pun semua menguji emosi dan kondisasi badan kita.. so kena banyak bersabar bro..
 paling penting jaga tingkahlaku dan adab kita ditempat orang dan masa dlm hutan.
ada satu benda juga yang menarik perhatian kami semasa pendakian keatas tu
terserempak dengan orang tempatan 
yang membawa barang2 makanan dan tong gas naik ke puncak laban rata.. rata2 pikul 30 ke atas.. ada yang sampai 60 kilogram..hoho.. luar biasa kot.. laju lagi tu...
kami yang bawa beg masa tu pn baru 8 kilo pon rasa nak patah pinggang. kiki



sepanjang pendakian boleh kata 80% tangga yang akan jumpa.. 
fuhh memang menguji kekuatan kaki.. giler lepak kot.. sampai chek point 4.0 da rasa lenguh..
tinggal 2 km sebelum ke laban rata..kami slow and steady.. haha

haa,.. dibawah ni la laban rata.. tempat penginapan aku sebelum pendakian seterusnya 
ke puncak kinabalu esok pagi.. pendakian dari pintu masuk timpohon ke laban rata mengambil masa lebih kurang 5 jam.. bagi orang biasa2 la macam aku ni..hehe.. kalau yang biasa hiking ni tiada masalah kot mungkin 3 jam lebih ke 4 jam je dah sampai punye.. Tapi Pendakian mesti kena habiskan sebelum jam 4.. kalau lewat tidak dapat makanan sebab cafe akan tutup selepas jam 4.30..



Jam 1 pagi kami sudah bangun dan dibreafingkan untuk pendakian 2 km ke puncak kinabalu.
suhu sejuk di laban rata memang sangat menduga cuaca bawah -10 darjah celcius.. so bekalan baju sejuk memang kene prepare bro.. kalau tidak beku le ko kat atas..  masa tu aku pakai 2 lapis baju dan 2 lapis sweater... stokin 2 lapis.. sluo 3 lapis.. hehe..mulut berasap2.. dalam hostel tempat kami menginap pon.. sejuk tahap gaban..
kalau nak mandi pon berfikir2.. memang menggigil,  berus gigi dan ambil whuduk je untuk solat subuh di puncak nanti..


so kami mulakan pendakian sharp jam 2.30 selepas sarapan pagi di restoran laban rata
kami di ingatkan masa untuk sampai ke sayat-sayat mesti sebelum jam 5 pagi.. kalau tidak misi pendakian ni tidak berjaya.. dan sijil tidak akan  dapat... cuma dapat sijil hitam putih jela.. hehe
alhamdulillah.. aku sampai jam 4.20 di sayat-sayat..nampak macam dekat 2 km..
tapi jauhnya dengan keadaan curam dan licin sangat mencabar.



 ni lokasi 8.0, ngam aku sampai sini jam 5 lebih.. terus cari tempat untuk solat subuh.. agak berbatu2 permukaan nak cari tempat stabil untuk berdiri solat..huhuu..  sejuk takyah cakap le.. memang menahan kot angin kluar.. dari stat kat chek point laban rata di bawah lagi.. ..kah2, sbb konon taknak ambil wuduk di puncak.. sejuk beku kot.. hahaa




yeahh.. akhirnya misi aku untuk kibarkan bendera johor dipuncak kinabalu tercapai.. hehe
dah tak kira masa tu sejuk ke apa.. sanggup bejersi semata2 nak bergambar
haha.. tapi lepas tu sarung semula baju sejuk.. sebab tak tahan sejuk..
gambo punye pasal.. sampai lupa da mase tu kaki penat ke hape..



Alhamdulillah. sampai di puncak 8.7 atas ini
sekitar jam 5.50 sebelum jam 6 matahari naik terik..
sepanjang jalan awal pagi tu.. berbekalkan lampu kepala je.. memang tidak nampak jalan
hanya follow panduan tali dan laluan yang biasa di lalui pendaki..

bila perjalanan turun la saat paling mencabar
sebab tempat2 yang curam yang kami naik malam tu.. laluan itulah juga akan diturun
dibawah ni laluan sepanjang turun dari puncak.. masa naik tak nampak.. bila turun.. nah curam. tapi subahanallah view pagi bila dah cerah..sangat teruja permandangan dari setiap sudut..
macam tak caya je kami dah diatas.. masa nk naik.. giler jauh..huhuu













Alhamdulillah dengan izinnya, sampai ke puncak dan turun dengan selamat, sepanjang pendakian  diatas terasa sangat enjoy dan mengujakan.. sangat best.. walaupon mencabar dengan  cuaca  sejuk + curam + licin. tapi pengalaman tula yang tidak dapat dijual beli..

yeayy.. dapat suda sijil.. kenangan kot,  lps ni ntah bila lagi dapat naik ek..hehe
gambar bersama Malim Gunung kami yang banyak bagi guide sepanjang pendakian.


bah, apa pun dimana berada.. doa dan tawakal jangan pernah putus..
usaha yang paling penting.. jangan sekali2 cakap besar.. boleh jadi Dia uji kita bila2 masa ja kan. Alhamdulillah la.. sepanjang pendakian aku ni.. tidak ada jumpa yang pelik2 berlaku... semua atas pergantungan kita dengan DIA.

Maha Suci Allah yang menjadikan Alam ini terbentang luas dan indah dengan sifat kebesarannya
kalau ada rezki next time...mudah2an boleh naik lagi untuk kali ke 2.. huhuu.. amin.

bah.. hope enjoy with our trip and story.. sekian terima kasih.

Followers