Tuesday, June 25, 2013

Jerebu Melanda.. suatu amaran atau ancaman?

"Ya Allah rupa-rupanya Kau berikan kami jerebu agar kami mensyukuri hujan... 
Kau hadiahkan kami syukur setelah mendidik kami sabar " | Ust. Pahrol


Salam sejahtera dan selamat malam..

erm, antara pukul 11 pagi tadi, saya ke bandar untuk tujuan tertentu
yang pasti bukan saja-saja hendak terdedah dengan asap jerebu ye..hehe
 tinjauan selepas balik di sekitar muar tu.. jerebu dah semakin berkurangan, 
Alhamdulillah..

walaupun terdapat sekitarnya yang masih kelihatan asap samar-samar..
tapi sangat berbeza dengan cuaca sebelum ini yang amat membimbangkan dan merbahaya
sehingga mencecah IPU 746 keatas.. [ehem.. da macam pemberita pulak aku ni :p]
ok, minta maaf.. saya cuma nak cerita actually "saya duduk dekat muo.."
hehe

apa yang pasti, jerebu yang melanda di Malaysia, tak kira disekitar muar,
mahupun diluar daerah ni.. ia suatu dugaan buat kita, mungkin satu bencana alam, 
atau kecuaian manusia itu sendiri yang tidak peka dengan sikap tanggungjawab
tentang kesedaran alam sekitar.

apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya 
sama ada kita sedar atau tidak..ia juga suatu amaran dari tuhan
supaya kita terus sentiasa menghargai dan mensyukuri setiap nikmatNya..
# inshallah terus berdoa moga kita dilindungi dari segala bahaya
dan diampuni dosa-dosa kita..~ameen#




No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers