Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Buruknya jika Sifat Bakhil


Abu Bakar Al-Siddiq R.A memberi nasihat :"Orang yang bakhil atau kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada tujuh perkara :

1 - Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.

2 - Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyiksanya terlebih dahulu.

3 - Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.

4 - Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satuketika banggunan tersebut habis runtuh.

5 - Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir, terbakar, kecurian dan sebagainya.

6 - Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.

7 - Dia terlupa dimana hartanya disembunyikan.


“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Ali ‘Imran: 180)

[ Ya Allah, Jauhkanlah hatiku daripada dipengaruhi sifat bakhil ]
~renung2kan~

Thursday, August 18, 2011

Hebatnya! Muslim d'bulan Ramadan..^^)

Salam, readers and bloggers..
orait mlm ni nk kongsi sikit ilmiah..
sama adakita sedar atau tidak, Ramadan
actly tlh bnyk mngukir sejarah t'sendiri membina
kejayaan jiwa insan yg benar-benar menghayatinya,

oklah klu diimbas kembali sebahagian drpd ribuan
kejayaan umat islam terdahulu yg terpahat dalam
bulan Ramadhan ini . .


Perang Badar : berlaku pd 17 Ramadan thun ke-12 Hijrah,
dan umat islam tlh mncpai kejayaan..

Pembukaan kota mekah : (fathu makkah) berlaku pd bulan ramadan
pd thun ke-8 hijrah..

Berhala-berhala yg disembah sekian lama di sekitar baitullah dan kota makkah, dihancurkan pd bln ramadan tahun ke-8 Hijrah.

Kerajaan Islam : menumbangkan kerajaan Parsi pd bln Ramadan tahun 15 H.

Salehuddin Al-Ayyubi : mengalahkan tentera salib pd bulan Ramadan thun 584 H.

Mesir dan Syria tlh menewaskan Israel di semenanjung Sinai pd bln Ramadan 1393 Hijrah.


yup.. ni sbhgian dri peristiwa hebat spnjg bln ramadan yg dpt aku kongsi bersama..
mungkinkah klgn kita ada yg lupa? @ mungkin tak tahu lansung..? atleast kita sbg muslim,
patut tahu, dan seharusnya m'contohi pejuang2 islam yg membangunkan islam, & menghargai jasa junjugan besar baginda Muhammad S.A.W, tanpa islam siapalah kita d'saat ini...
begitulah hebatnya mereka, walaupun dalam bulan ramadan tapi, tiada halangan utk mrk merai kejayaan mncapai tahap keimanan yg unggul, apatahlagi menghayati bulan ramadan itu sendiri..

hope dpt kita kongsi & sbgai renungan bersama ye...~selamat berpuasa..moh le sama2 kita merebut 10 malam terakhir d'bln ramadan ini...moge-moge kita tergolong klgn hambanya yg bertaqwa dan d'terima amalan puasa kita...~amin.

"Salam Hari kemerdekaan 2011"


sumber : Solusi, edisi Ramadan 2011..

Friday, April 8, 2011

Kisah Kelebihan Salawat


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. :

"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. :

"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. :

"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata :

"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Subahanallah.. Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W..!

ucapan yg mudah, namun jarang untuk melafazkannya, mungkinkah kita hanya ingat ketika menyambut maulidurrasul? @ dalam majlis-majlis tertentu..? fikir-fikirkan? mudah-mudahan, sama-sama dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian..^^)


Friday, March 18, 2011

Kenapa Aku diUJI?


Selamat pagi, salam jumaat dan salam sejahtera..^^)

tahu kenapa kita diuji? bagaimana aku nk atasi? rse murung..tertekan! fadeup! giveup ni! arghhh!!


KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286



RASA FRUST?


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


sekadar perkongsian.. utk renungan & pnduan bersama..



Monday, January 31, 2011

Ya Allah | selamatkn krisis d'Mesir


assalamualaikum.. sangat2 risau tentang krisis yg berlaku d'mesir sana.. mcm2 berita yg d'trima..sehinggakn banyak pergelutan berlaku yang mengorbankan nyawa..
& mnjadi risau apabila ianya berlaku sekitar bndar kaherah.. kbtulan abg sy penuntut d'sana, alhamdulillah keluarga sy dapat call abg disana..dan dia (my brother) mengatakan "i.allah, moga tiada apa2 berlaku..walaupn keadaanya ok2 disana..tpi d'bimbangi akn trjadi apa2.. tpi x tahu nk ckp mcm mne..coz k'adaan juga kritikal dgn kereta2 tank sudh memenuhi bndr mesir". cme skunk risau tntg bntuan makanan..ngr lain sudah sibuk2 hantar bantuan, tpi malaysia s'olah2 tiada lgi apa2 yg berlaku.. ya allah moga kau lindungi abgku dan keluarganya d'sana, bersama juga penuntut2 yg sedang berjuang menuntut ilmu d'sna, moga kau lindungi mrk ya Allah kelak~ameen.

ni juga berita yg d'trima dri beberapa penuntut disana..

update terkini dari informer kami:

BERITA BAIK !

peluang utk evacuation semakin cerah !!! Alhamdulillah..

Kak Nadiah (tahun 4 medic mansurah):

1) keadaan kat airport, airlines utk setiap negara utamakan rakyat negara mereka sahaja

Naily Athirah (tahun 3 medic mansurah)
2) pelajar telah diarahkan utk packing barang, semua tinggal menuggu pegawai dari kedutaan utk lancarkan evacuation, maybe akan ke jeddah

Abg Sabri Yaacob:
1) Wisma Putra sedang dalam proses utk engage evacuation, alhamdulillah !

p/s: mari terus kita memberi sokongan pada kerajaan, kerajaan dah semakin hampir ke arah proses evacuation, kita akan menanti kata putus dari pihak kerajaan dan juga mekanisme utk evacuation tersebut, diharapkan semua pelajar kita selamat sampai ke tanah air, ameen !

& juga

ni realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang (INI ADALAH MESEJ DARI SEORANG STUDENT YANG BERJAYA ONLINE DISANA)
-mereka totally lost contact seems internet & mobile network da kne block
-balai polis dibom,penjara telah dipecahkan n ramai banduan berkeliaran.
-ade rumah student y kne rompak

untuk mklumat yg dpt d'update juga, boleh ke link ini..


sama2 berdoa agar allah melindungi mrk dri segala kekacauan d'sana..~ameen


Tuesday, January 18, 2011

anda melakukan sedekah ini?


Assalamualaikum, salam pagi yg ceria lagi indah, harini aku nk kongsi 1 mutiara kata utk bigkisan pagi ini, coz mgkin ada prkara2 yg pd kt mengangapnya prkara yg remeh, but ada phla d'sisi allah.. jom lihat hadith nih..^^.
amalan yg menyamai sedekah :


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ, مِنَ النَّاسِ عَلَيهِ صَدَقَةٌ كُلِّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ تَعْدِلُ بَيْنَ الإِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِى دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا اَوْ تَرفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا اِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ وَتُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah, kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah".

| Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim |


cantiknya islam itu.. atlest membuang sesuatu yg mngangu d'jalanan (spt sampah) pn d'kira sdkh.. bnyk kn phle yg kt sndri x sedar.. betoi x? orait2.. renung2kn & slmt b'amal..^^ | huhu..


Friday, January 14, 2011

Indahnya Fadhilat Ayat kursi


Assalamualaikum..salam pagi jumaat, pagini aku nk kongsi sdikit ilmu bersama sbgai amalan kt sehari-harian... mudah2an dpt d'amalkan ^^ | entri harini mngenai fadhilat dlm mengamalkan Ayat kursi.. mgkin klgn kt yg sudh tahu.. tpi jrg d'amalkn... jom! selamat b'amal ^^


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

antara kelebihannya :

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

3) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

4) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

5) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

6) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

Read More..

*sbg perkongsian bersama.. sumber : OhIslam.com


Friday, December 24, 2010

Rahsia 13 dlm Solat

Ape dia 13 dlm solat tu?
yup..Rukun Solat yg 13 tu.. hah! ingt lgi x? tyme skola agme ptg dulu2 bljr..mgkin ramai antara kita yg lupa,..or mgkin juga x tahu lnsung.. hope x smpi lupe la..amat malang la bgi yg tak tahu lnsung.. bcoz ia adalah rukun solat yg wajib kt buat dlm solat, baru sah & sempurna solat seseorang tu....
that why, ia ada fadilat yg allah berikan pd orang mngerjakan solat.
Inilah dia 13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud pertama, Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Sebab itulah mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kita yang perasan!!!”

Renung2kan!

pesan nabi “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wasallam..


p/s : mohn maaf klu ade k'slpn pd periwayat, who yg tahu, hope dpt tegur..thz!



Tuesday, December 7, 2010

Hijrah | masa hadapan


"moga harapan dan langkah baru ini m'jadikan aku seorang yg berjaya, Memburu cinta dan masa hadapan... demi-Mu ya Allah.. ku hadapkan segala urusan ini hanya buatMu | agar kau ilhamkan pdku mnjadi hamba yg senantiasa b'syukur akn sgl nikmat-Mu" | Salam Maal Hijrah 1432 buat semua frenz blog...

"Hidup ini punya satu tujuan..... teruslah kembara mencari keajaibanNya.."


Friday, October 8, 2010

islamic Facebook..?

yup...entri t0k topic arini... ;) .. ape p0n salam ceria hari jumaat wat sume!!..
ok..j0m..arini just nk k0ngsi pe yg aku dpt time kluz tdi...nk taw klas pe? Klas "MERLIN"...hehe.. tu shot fom aku sndri la..actly "multiMEdia INternet.." sbjek t0k aku sem ni...sgt best klasnye..coz lecture yg agk santai & relax... but bkn tu nek nya kamek madah t0k, ops..ckp srwk lak... hehe.. mai nk habaq..
ermmm...arini aku d'dtngi 2 org b'bngsa yaman..yg tlh mngjr kmi care mncreate social network, & yg aku nk kasi taw spye sesame kt fikir & supot usha kecil dia, coz mrk tlh mncpta satu social network... nak taw pe dia? islamic Facebook la... tpi bkn Facebook, name lain la... "IslamTag" dan "Madina.Com" or bole klik kat word tu ek.. nk taw pe dia IslamTag & Madina.Com? jom trjah ke bawah lagi....

v
v
v
v
v
v

yg fist - [IslamTag]

ni la dia yg aku mksudkn tdi... intrface nye agk serupa ngn facebook..as dknali IslamTag.com...


ini adalah home aku dlm islamtag..sme contentnye cm facebook jgk... but ianya pnye kelainan, bkn shje lbh mndedahkan dri aspek islamic malah kpd konsep hiburan juga & bnyk lgi klu anda explore....

second - [Madina.com]

intrfce ni jga..more kpd facebook.. klu anda tliti ngn betul, tpi ianya ttp kmbar x seiras..huhu.. meh negok intrfce dlmnya pula...


yup..ini jgk profile ku..coz sy da dftr jdi ahlinye.. anda ble lak? huhu..[promot jap ek :P]

so jgn lpskn peluang utk sme2 supot usha hamba ini.. selain kt ada acount facebook, blh la kt mmberi nafas baru... tok cari social network & cara b'komunikasi kt yg lbh islamic... x salah kn? ianya adlah ciptaan org islam sendiri.. ;) sape lgi klu bkn kt yg nk suport...betoi x? bahkan x mnjdi mslah utk non muslim nk join... kn ber'muamalah tu utk semua... & leh b'dai scre x lnsung kn, so kpd kgkawan yg da taw sebar2 kn la ye.. ;) t'pulg pd anda utk registr yg mne, klu xmo pn xpe... x pkse...huhu.. pe p0m ~selamat mncube~


Sunday, August 22, 2010

hayati eri kemerdekaan..


Salam sejahtera pengunjung2 bloger t'syg...
ble d'ertikan makna kemerdekaan semua org akn t'fkr tentang keamanan malaysia.. ok bile d'teliti semula...adakah benar, merdeka kita ni??
ble d'lihat mcm2 kes2 jenayah yang mencurigakan..yg bole d'kaitankn ngn memcm..emm..kes r0gol, samun, pembuangan bayi, bunuh sana sini....amt menakutkn..so, msh b0le ke kt kata malaysia ni aman?? emmmm...kt sbg rakyat perlu sedar...dan hayati mkna kmrdekaan yg sebenarnya..yg telah d'prjuagkan oleh2 pejuang2 melayu dahulu... dan agama kt sndiri islam..yg dari dulu menerapkan amalan2 murni dalam kemerdekaan sesebuah ummah/masyarakat... klu benar malaysia ini sudah merdeka.. dimanakah hak kebebasn kt sbg individu!
klu msh lgi wujudnya pergaduhan...pembunuhan, pember0ntakan dan sebagainya dalam sesebuah negara.. rasenya kt sbg invidu itu sndri perlu sedar, open minded dan b'fkiran matang dalam mghadpi mslh2 sosial sbegini.. ta kira bangsa apa.. asalkan masing2 sama2 berjuang dalam menangani masalah itu, dari awal penerapan nilai kemanusian,
individu, intitusi keluarga, hingga ke negara...
sama2 kekalkan kemerdekaan negara!


dalam kt msh d'bulan ramadhan ni...kemanakah kemerdekaan dlm diri..dari sgla godaan nafsu dan perkara2 makruh.. selama b'puasa.. m0ge dlm baki2 rmdhn yg msh pnjg lagi ini..kt dpt laksanakan yg t'baek. dri smlm yg dah lalu.. Sekadar renungan...sama2 fikirkan yep.. ;) i.allah..kt akn b'rase selamat dan aman dengan peraturn2 yg d'garis tuhan..slgi kt melaksanaaknye ngn pnh rse tggujwb dlm khidupn..moge bahgia milik kita... ~ameen..


Wednesday, August 11, 2010

bangun SAHUR.


Terima kasih Allah, krn masih m'berikan aku utk rasai dan nikmati RAMADHAN buat kali ini pada tahun 1431 H, alhamdulillah dapat bangun utk hari first ramadhan semata2 mahu rebut keberkatan SAHUR..buat roomate ku jgk, x lupe kwn2 blog yg selalu menjegah kesini...hrp2 sme2 mencari cintaNya.

Jika diteliti, sabda RASULULLAH amat menganjurkan umatnya agar bersahur krn terdapat keberkatan pd waktu itu, spt sbda Baginda S.A.W; "Bersahurlah kamu semua krn sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." [Hadis riwayat al-Bukhari :1923]. maksd kberkatan disini wujudnya ganjaran dan pahala yg besar di dlm ibadah sahur itu.. amln sahur ini jgk adalah utk membezakan antara ibadah puasa org islam dengan puasa org kristian dan yahudi (ahli kitab), spt sbda Baginda S.A.W ; "pemisah (yg membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."
[Hadis Riwayat al-Tirmizi :643].

oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkn amalan bersahur walaupun dgn hanya meminum seteguk air. Sabda baginda S.A.W ; "makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air.Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat keatas orang-orang yang makan sahur." [Hadis Riwayat Ahmad :10664].

sma2 mengambil manfaat dan berkongsi sedikit ilmu, moga kita dapat ganjaran yg terbaik utk tahun ini..mnjdi hambanya yg cemerlang. Sekadar renungan bersama utk entri hari ini..
~selamat menjalani ibadah puasa.

* sumber : majalah i, vol.71.

Sunday, August 8, 2010

hEpi fAstinG dAy..


Firman Allah SWT : "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu ; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (dibolehkan dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadhan ), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya, dan supaya kamu bersyukur.." ~Al-Baqarah (2) : 185.


Sunday, July 18, 2010

sorakan KEBENCIAN...


Salam mujahidah tok semua pelwt2 blog ku.. moge harini lgi indh dr smlm..
entri arini just nk kongsi bersama tntg kegemilangan islam d'palestin yg skunk ini saudara2 kt yg seagama msh d'tnds...sngguh mnyayat hati...sme2 renugkan...smlm kbtulan "konsert bersamamu al-Aqsa" anjurn b'sama USIM dpt aku pi.. coz bkn slalu dpt joint prgrm cmtu..slain dpt ertkn ukwh dpt jgk sma2 mnyuarakan kebencian ats kekejaman zionis...wlaupn usha kita x sebesar mana... klu nk dibandingkn jihad saudar2 di palestin sana... aku arpkn sumbgn & hrpn yg d'lakukn pemuda2 ISMA, Aman Palestin, Pembina smlm ada tmpt d'hati mrk atas keperihatinan rakyat Malaysia tok membantu mrk disana... moga usha yg sekecil ini.. allah liptgandakan jihad prjuagan Palestin disana.. moge x kn pts sumbgn, hrpn dan doa kita tok mrk di bumi baraqah palestin, takbir...!!




Wednesday, June 2, 2010

Misi Selamatkan Palestin



jom sme2 doa..moge misi bantuan ke palestin b'jaya..dan selamt dri kekejaman israel..
~allah psti b'sama2 kita.. ;)

Tuesday, May 18, 2010

Menarik, t'bace..

Ptg ni aku x bnyk wat aktivti..selain ngadap lappy then baring2..huhu, dri smlm asik tnguh nk wat keje-keje mustahak..tpi kenapela mood slps abes sem ni je..da ilang semuanya...aduhai...sikit lagi syg..jap gi abes da..kne siapkn krja tu..2 hri lgi da nk kne send report....kne kuat smgt nih...! xpe aku try siapkn jgk.. umm.. tpi td dlm aku rest2 aku t'jengah la artikel dari website abg "SAIFUL ISLAM", tjuk dia hidup bukn lgi satu k'seronokan...menarik aku bce tdi, ble d'bce2..tringt kat zmn skola dulu...time 1st msuk skola agama..., klu dulu hangat tntg isu skola agma Rkrt..actually kat situlah dulu aku mnjdi insn yg b'guna, skunk ni.. yg plg pntg jdi diri sndiri. Aku pn just restkn mind tdi, belek2 artikel Saiful Islam jdi t'sentuh coz t'ringt time aku t'gkatan 1 dulu..zmn skola2..haha, [ gelak t'haru ], klu ade yg nk bce, click je kat name abg Saiful Islam tdi.., ape pon Hidup punyai suatu yg baru..n hari2nya penuh indh tok kita p'indahkn perjalananye...ahaks! jiwang plak.. ok la...nua pon nk kembara lagi nk siapkn keje pape yg patot.. rsenye ckp tok ptg ni kot..hehe, k..slmt b'blog shbt2 smua.. ;)

Wednesday, March 3, 2010

Jenaka je..



[ kisah x paham bahasa ]

babak 1
seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 b'kata: "saya berharap dapat mengambil gambar pakcik lagi tahun depan."
"mengapa tidak anak muda? bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!" jawab orang tua itu penuh yakin. {er pakcik ni]

babak 2
" mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. bagaimana dengan emak awak?"
"entah! saya pun tak pernah dengar mak saya menyebut nama awak depan saya!!". {dah knape?]

babak 3
"seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. cikgu: Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
pelajar: Terima kasih cikgu. cikgu: saya tahu kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. jadi apa rancangan kamu selepas ini?
pelajar: balik ke rumah!! {huhu..]


AYAH TERHEBAT.


pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.

Jalal : Ayah aku ada beberapa buah banglo yang cukup besar!.

Harun : Ayah aku lagi hebat, dia seorang pengarah urusan di sebuah hotel 5 bintang di Amerika.

Jalal : ape pula pekerjaan ayah kamu, azwan?

Azwan : ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan..!

Harun : Wow! Hebat gila! apa pekerjaannya?

Azwan : Polis trafik je..{huhu]

Tuesday, March 2, 2010

Harga diri yang hilang..


Seorang Saudagar arab yang sombong sedang bersiar-siar menunggang kudanya yang sangat mahal. Dia melalui sebuah bandar sambil mempamerkan jubah dan perhisan mahalnya. Tiba-tiba lalu sekumpulan tentera berkuda dengan laju dan berlangar denganya..
Dia jatuh terjelopok. seorang tukang sapu datang menolongnya. " Eh, tuan sudah jatuh!" kata tukang sapu. "Aku tidak jatuh, hanya jubahku yang jatuh." "tapi tuan benar-benar telah jatuh, yang jatuh ialah jubahku, cuma kebetulan badanku berada di dalam jubah ini.." Dia menoleh kearah kudanya. "Oh, kudaku yang mahal! Dia telah patah kakinya,: katanya melihat kudanya terbaring di sebelahnya..
"Tuan..tangan tuan. tangan tuan telah tiada," ujar tukang sapu itu sambil menunjukkan tangan saudagar yang telah kudung dan berlumuran darah akibat kemalangan itu. Barulah saudagar itu tersedar yang tanganya telah kudung. "Aduh..mana pergi cincin permataku di jari tanganku?"..

[ Renungan, ramai orang merasakan harga dirinya terletak pada barang berharga yang dimilikinya. Padahal harga diri itu terletak pada mulinya akhlak dan taqwa, maka siapakah kita apabila sudah hilang barang berharga itu..?]

Photobucket

Followers