
Friday, January 27, 2012
pengembaraan yang belum berhenti..

Sunday, January 1, 2012
hari baru..

Thursday, November 17, 2011
kejayaan ini..
Monday, February 14, 2011
Rindunya Pada Dia

Dengan nama-nama Allah yang Indahku bingkiskan nota hati buat kekasih Allahku cuba meluah rasa rindu inirinduNya kepadamu wahai Rasulullah.malu untuk aku mengatakan rindu padaMuKerna ku hanya insan yang biasasebaliknya engkau wahai kekasih allahinsan teragung yang penuh keistimewaannamun ku cuba sedaya mampukuuntuk mengikuti sunnah-sunnahMumenuruti segala suruhanMuserta menjauhi segala laranganMumoga aku tidak terlepas darimelaksanakan kewajipanku sebagaihamba Allah...wahai rasulullahrindu ini sudah tidak tertahan lagirinduku pada ketaqwaanMukerana aku sudah tertarik pada kewarakanMurinduku pada sifat-sifat amanahMukerana aku sudah jatuh cinta pada budidan akhlak mu..Andai bait-bait kalimah ini mewangisemoga ia harum, seharum rindukurinduku kepadamu atas kecintaan umatmuharum semerbak rindu kepadamuWahai kekasih allahampunilah kami, andai kami salah,pada perilaku tutur kataku,perolahan pada gerak anggotakujua sanubari iktiqadku..moga tiada terlintas sifat prasangkayang merosakkan akidahkuampunkan kami...duhai rasulullahHari ini kami menyambut hari keputeraanmudi serata dunia, umatmu meraikanbersahut-sahut menyebut namamudalam indah alunan salawat dan salam kepadamudari bibir berbendung di mindasemoga turunnya ia ke hati setiap kamidan semoga terpateri dijiwa hendaknyakami merasa suasana indahdengan kehadiranMu yang merubahjalan kami yang dahulu gelap gelitamenjadi terang menaungi seluruh alam iniaku bersyukur dengan segala nikmat iniiman dan islam..terima kasih ya Allah,kerana kau kurniakan kami insan istimewasebagai pemimpin kami sebaik-baikpenghulu alam ini..Wahai Nabi Kekasih Allahalangkah indahjika setiap hari menjadi hari-hari istimewadengan ucapan salawat senantiasa membasahi bibir-bibir kamidan ucapan salam merindumu Ya Rasulullah.duhai kekasih Allahkami umatmu yang lemahmelalui hari-hari penuh payahdunia kami umatmu yang mencabardengan iman dan amal yang makin longarmenjadikan aku dalam gundah..moga dengan pimpinanagama islam yang engkau bawamenjadikan aku insan cemerlang di duniamemandu dunia akhiratrabbal izzat nantiWahai Nabi kekasih allahkami amat merinduiMu setulusNya..andainya saat ini engkau bersama-sama kamipasti lenyap segala kegundahan, hilangsegala keluhan hati-hati kami..namun kami percaya pada janji tuhanMudan pasti berjaya jika kami tidak mengingkarinyatidak mengundang murka Allah,sesungguhnya janji Allah adalah benardan keampunanNya menaungi segala khilafku,pintaku moga aku dalam redha ilahiku pohon dari setiap bait kata-kata iniandai darinya terpalit, segala kesalahanyang tidak disengajakan..maafi aku ya Allah..sesungguhnya kami merindui diarindu yang teramat kepada penghulu kamikerna ku tahu, rasa cinta pada kekasih Allahadalah lambang cinta kami kepadaMuya Allah... ~insya allahsalam sejahtera buat penghulu kamiWahai Rasulullah...~nuar el-ummar | 12 rabiulawal 1432, 9.30 pm~" SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H "
Wednesday, January 26, 2011
b'fikir sejenak...
apakah yang telah aku lakukan harini?
perubahan dari semalam yang berlalu pergi..
peringatan lampau tentang saat yang aku lalui..
keindahan harini yang telah aku kecapi..
pernahkah aku terfikir seumpama ini?
sblm mataku terlelap buat seketika,
sebelum enak diriku d'buai mimpi,
ingin aku impikan & miliki hari esok..
ku harapkan indahnya esok luar biasa seperti harini,
jika langkahku mampu sejauh itu..
akan aku terokai hari itu, buat esok yang paling ceria
untuk aku menjadi diriku yang sebenar..
oh Allah sungguh keterlaluan pintaku ini..
namun..
harapanku moga kau aturkn langkahku..
menuju ke satu tempat, jauh lebih baik dari harini..
thanks Allah atas semua yang kau dampingi harini..
moga kau pimpin hatiku ini
menuju langkah yang penuh dengan harapan
d'atas limpahan kasih sayang-Mu
~ameen…..
[Nuar el-Ummar ~1.24am, 26/1/11]
Thursday, December 16, 2010
langkah sayup | keseorangan.....
suatu saat nanti | kejayaan dimiliki..
Namun aku tidak mudah lupa..
kerana Dia | aku pandai mencipta kejayaan itu..
dan kerana Dia | aku menjadi yang terbaik..
Tuesday, December 7, 2010
Hijrah | masa hadapan
"moga harapan dan langkah baru ini m'jadikan aku seorang yg berjaya, Memburu cinta dan masa hadapan... demi-Mu ya Allah.. ku hadapkan segala urusan ini hanya buatMu | agar kau ilhamkan pdku mnjadi hamba yg senantiasa b'syukur akn sgl nikmat-Mu" | Salam Maal Hijrah 1432 buat semua frenz blog...
Friday, May 21, 2010
Sekadar Renungan..
utk pgi jumaat ni..rseNye x prlu nk ckp pnjg..nua pn skdr nk kogsi sajk dari pena "diary sufi", rsenye cntik bait2 yg dia karang..utk sme2 kt ambil kebaikn..SEKADAR RENUNGAN.. pd hari yg penuh CERIA ini...jom bace..!
kita selesa bila kita berada di atas dari yang lain..
kita teruja bila kita lebih berjaya dari orang lain..
kita suka bila kita terima lebih dari yang lain..
Sedang Kita lupa..
Mungkin PAKAIAN itu tiada untuk yang lain..
tetapi rezeki pinjaman dari ALLAH..
Mungkin KEDUDUKAN itu bukan untuk yang lain..
tetapi rezeki pinjaman dari ALLAH..
Mungkin KEJAYAAN itu belum untuk yang lain..
tetapi rezeki pinjaman dari ALLAH..
Mungkin ANUGERAH itu itu tidak untuk yang lain..
tetapi rezeki pinjaman dari ALLAH..
tidak salah untuk kita menikmati segala..
pemberianNya dengan tawa dan gembira..
Asal..
Jangan sesekali dibiarkan yang lain berduka dan
nestapa tanpa terbela...."
Klu pn ade yg t'rse..aku awl2 mntk maaf..coz aku tls ats dsr aku sndri..
& utk k'gunaan blog aku sndri.. x mo melibtkn sesape....
but mne yg elok sme2 ambil, yg x elok kita buang jaoh2 k.. ;)
if like click here..
Sunday, May 16, 2010
edisi kHas...
untuk aku sampai ke jejak b'liku ini...
aku masih rasakan saat aku masih belum mengerti..
aku bagaikan buta tujuan dan arah..
Dahulu aku melangkah kesitu..
dan aku mula melihat, mendengar dan memikir..
dan disitulah aku membina jejak ilmu..
kerana dialah yg telah menunjuk arah cahayaku...
Tanpa agama harini siapalah aku..
tanpa maruah dan harga diri, siapalah aku..
tanpa pengetahuan, siapalah jua aku disisiNya..
kerana segala-galanya bermula suatu ketika dulu..
Kini aku sudah dewasa..
setiap langkahku ada harapan dan cita..
sudah aku mengerti ragam kehidupan ini..
yang pasti aku akan dapat mengenggamnya..
suatu saat nanti...
percayalah..!
Namun aku tidak mudah lupa..
kerana Dia aku temui kebahgiaan itu..
kerana Dia aku pandai mencipta kejayaan itu..
dan kerana Dia aku menjadi yang terbaik..
Demikianlah janji tuhan pada hambanya..
kerana kesulitan pasti ada jalan keluarnya
bagi sesiapa yang mahukan kebahagiaan itu..
demi cinta tuhan pada hambanya
Terima Kasih yang tidak terhingga..
by ~ noar el-ummar 16/5/2010
~edisi ini aku tujukan khas buat semua yang bergelar guru.. moga usha murni ini, menjadikan kau insan yang lebih berjasa.. lebih mulia dan mengerti erti hidup diSini...Demi cinta Ilahi.. "Selamat Hari Guru"
Saturday, May 15, 2010
mgkin ku rsa bhgia..tapi....
bukan aku tak pernah mnderita,
tetapi semuanya aku simpan..
bukan aku x pernah kecewa,
tapi semuanya aku pendam..
bukan jua aku tak pernah tersiksa,
tetapi semuanya aku telan..
bukan aku tak pernah terluka,
tapi semuanya telah ku kapan..
kerana apa?
deritaku, kerana jiwa yang sering mencabar rasa..
kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia..
seksaku..ekoran lidah yang tak bijak melontar kata..
lukaku, mgkin kerana akalku yang kurang waras mentafsir deria..
perlukah ku terima semua ini?
moga doa aku jadikan sandaran..
agar jiwa aku terisi..
menjadikan hati yang mampu berpaksi..
lalu lidahku bisa jadi terpuji..
lantas akalku masih bisa berfungsi...
~sajak ini ku kongsi buat semua yang rasa dirinya terluka..
agar kau lebih megerti apa yang akan di uji....huhu..jiwangnye ayat :p, ahaks..