Thursday, May 16, 2013

"Terima Kasih Cikgu"



"Terima Kasih Cikgu.." kedengaran bait-bait lagu, nyayian Najwa Latif dan Upin - Ipin di corong radio kereta semasa ke sekolah pagi tadi.. rasa seperti berdebar-debar mahu ke sekolah, tak sangka kerana hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat aku bergelar seorang guru.. walaupun aku masih dalam praktikal, namun semangat dan keyakinan untuk terus berada dalam bidang perguruan ini, sudah mula terdetik rasa cinta.. :)

minggu ini adalah minggu terakhir aku berada disekolah SK Parit Bunga sebelum masuk cuti persekolahan pertengahan tahun, kerana akan mengakhiri latihan praktikal disini. tak sangka, begitu pantas masa berlalu.. rupa-rupanya sudah berada disekolah ini selama setahun lebih, walaupun cuma setahun.. namun perasaan ini mengatakan seolah-olah aku telah lama dan serasi dengan keadaan disitu.. mungkin kerana sikap dan budaya cikgu-cikgu disekolah ini yang sangat peramah dan mudah mesra membuatkan aku terkesan dengan keadaannya. Yup, Alhamdulillah, aku mula serasi dengan budaya kerja disini.. mudah-mudahan posting "guru tetap"  nanti aku masih ditempatkan disini. hehe.

ok lah, entry kali ni aku lebih bersahaja, dan agak skema kot.. hehe, tidak seperti biasa dengan kata dan ayat shortform je. ok.. jadi skema sekejap! tidak salah kan! poyo pon ada orang kesah.. haha. Ok. rasanya harini aku hendak bagi tahu semua orang yang aku menyambut hari guru untuk kali pertama "Tak sangka kan!" ya.. kali pertama, sebagai "Guru Pelatih". yup.. masih terlalu jauh perjalanan aku untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini, mencuba sebaiknya, memperbaiki kemahiran, mengajar dan belajar demi Agama Ilahi, mudah-mudahan sebagai menyambung legasi ilmu dan warisan di bumi tuhan ini.

apa pun perasaan gembira, pada tangal 16 MEI 2013 untuk "Sambutan Hari Guru" kali ini, sedikit sebanyak memberi aku kekuatan dan kesedaran untuk bermuhasabah diri, memaknakan hasrat 1 Aspirasi 1 Agenda guru malaysia, untuk terus membina KEJAYAAN dipersada Dunia suatu hari nanti.

Terima kasih diatas sokongan Guru-guru, especially Warga Sk Parit Bunga Ledang, tidak lupa murid-murid yang sangat disayangi kerana telah memberi aspirasi dalam diriku sebagai seorang Guru. tak lupa ucapan dan ribuan terima kasih diatas hadiah yang kalian bagi. doa dan harapan untuk semua, semoga berjaya mengejar cita-cita yang diimpikan.. "Selamat Hari Guru" ^^)

*****

Sekitar gambar Hari Guru peringkat SKPB, yang sempat diSNAP
bersama cikgu-cikgu yang hot lagi ceria.. hehe

acara dewan ngan sesantai2

persembahan gimik-gimik guru.. hehe
diluar dewan sesi berposing sakan.. ahaks
sesi murid bersama guru (gift hadiah)

sukaneka guru
jamuan makan..aumm!
taraa! hadiah saya

Terima Kasih semua ye..
sayangi guru anda.. "selamat hari guru" :)

No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers