Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan penuh mlm ni!!


Salam sejahtera.. salam ceria..

"orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 harini, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap" - BERNAMA


Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

so jangan lepaskn peluang untuk menyaksikan kejadian luar biasa ini ek..

Apa pun yang berlaku ia adalah kehendak Allah untuk menguji tahap keimana kita sebagai manusia dan bersyukurlah moga tidak ada apa-apa yg buruk berlaku kepada manusia disebalik kejadian aneh ini.. ~amin..


"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami-(nya), dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran."

| Surah An-Nahl - 16 : 12-13 |


p/s : jgn lupe wat solat sunat gerhana ek, sgbai tanda kesyukuran dgn kekuasaan Allah SWT..^^)

2 comments:


Photobucket

Followers