Thursday, April 28, 2011

tanah | ibadah yg mndekati alam

Tanah adalah penting di dalam kehidupan manusia. Nabi Adam as berasal dari tanah. Tumbuh-tumbuhan dan makanan asasi manusia juga berasal dari tanah. Apabila seseorang manusia meninggal dunia, dia disemadikan di dalam tanah. Di samping itu, tanah adalah penting sebagai alat pencuci.

Berhubung dengan ini Nabi s.a.w bersabda:


“Apabila salah seorang daripada kamu datang ke masjid balikkanlah terompahnya. Jika didapati ada kotoran di bawahnya, gosoklah ia di atas tanah kemudian bersolatlah dengannya.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Di dalam riwayat yang lain yang berkaitan dengan jilatan anjing, Nabi s.a.w bersabda:

“Sucinya bejana salah seorang daripada kamu yang dijilat anjing ialah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan yang pertama dicampuri dengan tanah.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)


Tanah mempunyai komposisinya yang tersendiri, 45% daripadanya adalah zat-zat logam (minerals), 25% udara, 25% air dan 5% adalah bahan-bahan organik. Tanah ada kelebihannya. Ahli sains di Norway menemui sejenis kulat di tanah yang mampu menghasilkan ubat yang bernama cyclosporin. Ia digunakan sebagai rawatan selepas pembedahan pemindahan organ (anti-rejection drug). Di sebuah ladang jagung, seorang pelajar dari Universiti Wisconsin menemui sejenis protein dari bakteria yang mampu mengeluarkan ais (bacterial ice-forming protein). Pada hari ini ia telah digunakan untuk mengeluarkan ais bagi pusat-pusat ski. Di Indonesia, pakar-pakar sains menemui sejenis bahan dari kuman tertentu (microbial molecule) di tanah yang mampu menukarkan kanji (starch) kepada glukos. Di sebuah padang golf di Jepun, seorang pakar sains menemui sejenis ubat yang mampu merawat penyakit parasit (parasitic infection) yang sering menyerang binatang ternakan. Bakteria yang diperolehi dari tanah juga telah menghasilkan produk yang bernama ivermectin...... Lebih dari itu, lebih kurang 3222 antibiotik yang terdapat pada hari ini sebenarnya diperolehi dari kuman dan kebanyakan dari kuman-kuman ini diperolehi dari tanah...... Tambahan dari itu, sabun, abu dan tanah selut adalah sama-sama efektif sebagai bahan pencuci, jika dilakukan dengan betul. Hal ini telah dilaporkan oleh Dr. Bilqis Amin Haque di bawah tajuk Comparison of Soap, Soil and Ash in Cleaning Hands After Defaecation: A Rural Bangladesh Experience di Dialogue on Diarrhoea Online, di dalam isu 54 bagi bulan September/November 1993.

Apabila seseorang Muslim bersuci dengan tanah, dia sedang mendekatkan dirinya kepada alam dan kunci kehidupan. Lebih dari itu, tanah merupakan alat pencuci yang murah, berkesan dan boleh diperolehi di seluruh dunia.


yup! ada hikmahnya, mngpa Allah perintahkan tntg sesuatu perkara itu, rupa-rupanya banyak kelebihan & manfaat yg kita kurg tahu, dan tak mengkajinya..moga dgn ibadah yg kita lakuan seharian, dpt mndekatkn kita dgn penciptaNya..^^)



sumber : "Empayar Minda Muslim" , oleh : Dr. Danial Zainal Abidin..

6 comments:

  1. salam nuar....
    abg eq singgah sini..thanks komen blog abg eq...

    ReplyDelete
  2. uwww. likee! og Johor (:

    if free singgah laa blog i ya .

    ReplyDelete
  3. ^^) like eien gak...kabo org2 joho ek..^^) ehehe..nti KSJ snggah oke..

    ReplyDelete

Followers