Wednesday, April 13, 2011

7C for Female & 8G for Male


selamat pagi...^^) jom lihat d'sebalik kajian

ape yg terdapat disebalik 7C pd perempuan & 8G pd Lelaki..

utk mmprbaiki peribadi masing-masing^^)


7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci

kepada seseorang wanita.


1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang

dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang

wanita itu, penampilannya yang selekeh,

kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.


2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita

perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.

Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya

merasa terkongkong akan membawapadah kepada

perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan

merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama

apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami

menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang

ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat

mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh

jika mulutnya celupar.


6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga

seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul

bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa

menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri.

Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.

Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa

tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata

seperti, saya cabar awak........



8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap

kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..

macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.


2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab

perempuan bukan lawannya.


3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan

diri, bergantung pada orang lain dan

seumpamanya.


4. Gabra

Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat

perempuan aje, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan

dan sebagainya.


6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat,

macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan

isteri sendiri.



*kajian Dr.Fadzilah Khamsah.


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers