Dengan nama-nama Allah yang Indah
ku bingkiskan nota hati buat kekasih Allah
ku cuba meluah rasa rindu ini
rinduNya kepadamu wahai Rasulullah.
malu untuk aku mengatakan rindu padaMu
Kerna ku hanya insan yang biasa
sebaliknya engkau wahai kekasih allah
insan teragung yang penuh keistimewaan
namun ku cuba sedaya mampuku
untuk mengikuti sunnah-sunnahMu
menuruti segala suruhanMu
serta menjauhi segala laranganMu
moga aku tidak terlepas dari
melaksanakan kewajipanku sebagai
wahai rasulullah
rindu ini sudah tidak tertahan lagi
rinduku pada ketaqwaanMu
kerana aku sudah tertarik pada kewarakanMu
rinduku pada sifat-sifat amanahMu
kerana aku sudah jatuh cinta pada budi
dan akhlak mu..
Andai bait-bait kalimah ini mewangi
semoga ia harum, seharum rinduku
rinduku kepadamu atas kecintaan umatmu
harum semerbak rindu kepadamu
Wahai kekasih allah
ampunilah kami, andai kami salah,
pada perilaku tutur kataku,
perolahan pada gerak anggotaku
jua sanubari iktiqadku..
moga tiada terlintas sifat prasangka
yang merosakkan akidahku
ampunkan kami...
duhai rasulullah
Hari ini kami menyambut hari keputeraanmu
di serata dunia, umatmu meraikan
bersahut-sahut menyebut namamu
dalam indah alunan salawat dan salam kepadamu
dari bibir berbendung di minda
semoga turunnya ia ke hati setiap kami
dan semoga terpateri dijiwa hendaknya
kami merasa suasana indah
dengan kehadiranMu yang merubah
jalan kami yang dahulu gelap gelita
menjadi terang menaungi seluruh alam ini
aku bersyukur dengan segala nikmat ini
kerana kau kurniakan kami insan istimewa
sebagai pemimpin kami sebaik-baik
Wahai Nabi Kekasih Allah
alangkah indah
jika setiap hari menjadi hari-hari istimewa
dengan ucapan salawat senantiasa membasahi bibir-bibir kami
dan ucapan salam merindumu Ya Rasulullah.
duhai kekasih Allah
kami umatmu yang lemah
melalui hari-hari penuh payah
dunia kami umatmu yang mencabar
dengan iman dan amal yang makin longar
menjadikan aku dalam gundah..
moga dengan pimpinan
agama islam yang engkau bawa
menjadikan aku insan cemerlang di dunia
memandu dunia akhirat rabbal izzat nanti
Wahai Nabi kekasih allah
kami amat merinduiMu setulusNya..
andainya saat ini engkau bersama-sama kami
pasti lenyap segala kegundahan, hilang
segala keluhan hati-hati kami..
namun kami percaya pada janji tuhanMu
dan pasti berjaya jika kami tidak mengingkarinya
tidak mengundang murka Allah,
sesungguhnya janji Allah adalah benar
dan keampunanNya menaungi segala khilafku
pintaku moga aku dalam redha ilahi
ku pohon dari setiap bait kata-kata ini
andai darinya terpalit, segala kesalahan
yang tidak disengajakan..
sesungguhnya kami merindui dia
rindu yang teramat kepada penghulu kami
kerna ku tahu, rasa cinta pada kekasih Allah
adalah lambang cinta kami kepadaMu
salam sejahtera buat penghulu kami
~nuar el-ummar | 12 rabiulawal 1432, 9.30 pm~
" SALAM MAULIDUR RASUL 1432 H "
Salam maulidur rasul ! :)
ReplyDeletesalam maulidurrasul... ^^)
ReplyDelete