Wednesday, January 19, 2011

TV3 pertahan | susulan "Program payu dara"

aku pon x pasti! apelah motif tv swasta tuu nk siar program mcm tu..dah jelas klu tujuan "pembesaran payu dara" tu utk tujuan kecantikan dan kosmetik semata2. dalam Islam dah tentu salah. lagi2 ulama' sudah pertikai pasal tu kan. klu pon hndak buat program seumpama ni spatutnya invite s'orang ustaz utk ulasan dri perspektif agama, tapi hanya dr pakar cantik dan artis... sudahlah cetek agama.. tidak mahu brtanya pd alim ulama'..?

Jom lihat susulan kosmo harini..


KUALA LUMPUR - Stesen televisyen TV3 mempertahankan rasional program terbitannya, Wanita Hari Ini (WHI) menyiarkan perbincangan mengenai topik payu dara kelmarin. Alasan yang diberikan adalah perbincangan secara terbuka itu sesuai dengan peredaran masa.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.

"Isu itu ada unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian dengan peredaran masa seperti topik yang dibincangkan dalam WHI tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! dalam laporan muka depan semalam melaporkan segmen bual bicara WHI itu mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ia secara terbuka membincangkan isu pembedahan membesarkan payu dara.

Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita.

Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam. Ahmad Izham menjelaskan, ahli-ahli panel jemputan turut membicarakan impak baik dan buruk isu tersebut serta menjemput seorang doktor pakar untuk mengemukakan pendapat beliau.

"Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana dan menghargai maklum balas penonton dan orang ramai," katanya.


"sesuai dgn peredaran masa?".. katanya~ | aku rse nampk sgt tv swasta tu nk cari glamor kot..| emm? fikir2kn.. pe pndgn korg?

7 comments:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    EEEMMMM kalau pandangan ulama kata kurang senang ikut aje lahhhh..... kerana banyak keburukan dari kebaikan barangkali

    ReplyDelete
  2. lorh..nk besar2 nk wat pe..hikhikhik...

    ReplyDelete
  3. afzai : erkk..nek kete api ke? huhu..
    yup..kburukn lbh bnyk dri k'baikn..

    ReplyDelete
  4. niesz : tula kn..watpe tah nk beso2... x psl2 kne kanser lak...adoii.. huhu.. ^^

    ReplyDelete
  5. lolaa : mcm2 ragam manusia kn..dunia2.. hehe :D

    ReplyDelete
  6. (program payu dara) dan isu pengacara yg (x tutup aurat) cmne plak ye??mungkin dedah aurat isu xsensitif dan remeh kot..huhu..sensitiviti kt agama pon kurng so wt prgrm pun akan kurang la moral2 keagamaan die,,.nape kita dan ulamak2 baru nak bukak mata pertikai sal dara2 niee...heeee renung2kn2

    ReplyDelete


Photobucket

Followers