Tuesday, March 2, 2010

Rasulullah Maskulin Sejati



Setelah mengetahui serba sedikit tanda-tanda kerasulan Baginda Rasulullah SAW, Bagaimana baginda boleh dikatakan sebagai lelaki maskulin sejati, mari kita lihat antara ciri-ciri baginda dari segi kehidupan peribadi dan fizikal.


walaupun secara fizikalnya, kita mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana rupa paras Rasulullah, tetapi utusan Allah ini digambarkan sebagai seorang lelaki yang sempurna dari segi fizikal. Sempurnanya Rasulullah, sehingga seorang yahudi yang pertama kalinya bersua muka dengan baginda, terus lantas melafazkan syahadah dan mengaku akan kebenaran ajaran yang disampaikan Rasulullah. Para sahabat antara golongan yang banyak sekali menggambarkan kesempurnaan fizikal dan sifat Rasulullah, kerana mereka berpeluang berdamping dengannya. Antara apresiasi kata-kata para sahabat adalah :

-"Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah".

-"Aku melihat cahaya yang keluar dari lidahnya".

-"Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit".

-"Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan".

-"Apabila rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama".

-"Kali pertama memandangnya, sudah pasti terpesona".

-"Wajahnya tidak bulat, tetapi lebih menjurus kepada bulat".

-"Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya".

-"Garis-garis merah dibahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut."

-"Mulut baginda sederhana luas dan cantik".

-"Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang dibahagian depan".

-"Janggutnya penuh dan tebal menawan".

-"Lehernya kecil dan jinjang terbentuk dengan cantik seperti arca. warna lehernya putih seperti perak, sangat indah".

-"Rambutnya sedikit ikal. rambunya tebal, kadangkala menyentuh pangkal telinga dan kadangkala mencecah bahu tetapi disisir rapi, dan terbelah tengah".

-"Tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat".

-"Dadanya bidang dan luas, rata dengan perut (tidak buncit), dan cantik, seimbang antara kedua bahunya".

-"Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air".

-"Warna kulitnya putih kemerah-merahan".

-"Kulitnya putih lagi bercahaya".

-"Badanya tidak gemuk, tidak tinggi dan tidak terlalu rendah, kecil tetapi berukuran sederhana lagi kacak".

-"Badanya cenderung kepada tinggi, semasa berada dikalangan orang ramai, baginda lebih tinggi daripada mereka".


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers