Tuesday, March 2, 2010

Harga diri yang hilang..


Seorang Saudagar arab yang sombong sedang bersiar-siar menunggang kudanya yang sangat mahal. Dia melalui sebuah bandar sambil mempamerkan jubah dan perhisan mahalnya. Tiba-tiba lalu sekumpulan tentera berkuda dengan laju dan berlangar denganya..
Dia jatuh terjelopok. seorang tukang sapu datang menolongnya. " Eh, tuan sudah jatuh!" kata tukang sapu. "Aku tidak jatuh, hanya jubahku yang jatuh." "tapi tuan benar-benar telah jatuh, yang jatuh ialah jubahku, cuma kebetulan badanku berada di dalam jubah ini.." Dia menoleh kearah kudanya. "Oh, kudaku yang mahal! Dia telah patah kakinya,: katanya melihat kudanya terbaring di sebelahnya..
"Tuan..tangan tuan. tangan tuan telah tiada," ujar tukang sapu itu sambil menunjukkan tangan saudagar yang telah kudung dan berlumuran darah akibat kemalangan itu. Barulah saudagar itu tersedar yang tanganya telah kudung. "Aduh..mana pergi cincin permataku di jari tanganku?"..

[ Renungan, ramai orang merasakan harga dirinya terletak pada barang berharga yang dimilikinya. Padahal harga diri itu terletak pada mulinya akhlak dan taqwa, maka siapakah kita apabila sudah hilang barang berharga itu..?]

No comments:

Post a Comment

Followers