Wednesday, March 3, 2010

LELAKI vs WANITA


= Inilah kenyataan.

lelaki : susah mahu fokus pada sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perihal perhubungan.
wanita : senang memberikan fokus pada sesuatu perkara biarpun dianggap ringan dan remeh

lelaki : emosinya boleh diibarat seperti getah, apabila marah, perasaan akan menegang. bila kendur menandakan perasaan marah itu sudah surut.
wanita : emosinya bagaikan ombak, datang dan pergi silih berganti membuatkan perasaan marah itu sukar reda.

lelaki : apabila berada dalam keadaan tertekan, biasanya anda lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri.
wanita : apabila berada dalam keadaan tertekan, biasanya si dia lebih senang meluahkan apa yang dirasanya kepada orang yang boleh dipercayai.

lelaki : apabila perasaan tergugat, anda lebih senang berdiam diri tanda protes.
wanita : apabila berasaan tergugat, si dia lekas melenting dan menunjukkan sikap protesnya secara terang-terangan.

lelaki : mempunyai perasaan cinta yang lebih fleksibel dan mudah berubah apabila ada yang terbaik dari yang lebih baik.
wanita : setia pada cinta nan satu dan sukar tergugat kerana keteguhan perasaanya (tetapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta).

lelaki : kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri.
wanita : seringkali menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang di sekeliling terutamanya yang amat disayangi.

lelaki : seringkali kebuntuan, jika mengalah mungkin akan dikatakan sebagai tidak berprinsip atau pun tanda tidak bermaruah.
wanita : hanya kerana sayang tidak berbelah bagi, si dia seringkali mengalah dan bersedia berkorban demi insan yang dicintai.

lelaki : lebih banyak menumpukan aspek fizikal dan benda yang nampak.
wanita : lebih banyak menumpukan aspek emosi dan perasaan.

lelaki : sukar untuk melafazkan maaf tetapi mudah melupakan.
wanita : senang menghulurkan kemaafan biar pun tidak mudah melupakan.

lelaki : jika meminta bantuan, itu tandanya anda malas atau pun berupaya untuk melaksanakan sesuatu seorangan.
wanita : meminta dan memberi bantuan kerana perasaan hendak bermanja dan menunjukkan tanda kasih sayang.

lelaki : suka meluahkan perasaan menggunakan bahasa tubuh atau ekspresi diri menerusi lagu atau catatan kerana mahu orang lain memahami dengan cara tersendiri.
wanita : lebih senang meluahkan perasaan secara berterus-terang dan kurang mengerti dengan penggunaan bahasa tubuh kerana mahu kenyataan yang betul-betul sahih.

~ sumber : maskulin.. [fakta ini hanya berdasarkan kajian, untuk perkongsian bersama, saling mengenali/memahami sifat & perasaan masing2]


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers