Wednesday, March 3, 2010

Jenaka je..



[ kisah x paham bahasa ]

babak 1
seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 b'kata: "saya berharap dapat mengambil gambar pakcik lagi tahun depan."
"mengapa tidak anak muda? bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!" jawab orang tua itu penuh yakin. {er pakcik ni]

babak 2
" mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. bagaimana dengan emak awak?"
"entah! saya pun tak pernah dengar mak saya menyebut nama awak depan saya!!". {dah knape?]

babak 3
"seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar. cikgu: Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
pelajar: Terima kasih cikgu. cikgu: saya tahu kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. jadi apa rancangan kamu selepas ini?
pelajar: balik ke rumah!! {huhu..]


AYAH TERHEBAT.


pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.

Jalal : Ayah aku ada beberapa buah banglo yang cukup besar!.

Harun : Ayah aku lagi hebat, dia seorang pengarah urusan di sebuah hotel 5 bintang di Amerika.

Jalal : ape pula pekerjaan ayah kamu, azwan?

Azwan : ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan..!

Harun : Wow! Hebat gila! apa pekerjaannya?

Azwan : Polis trafik je..{huhu]

No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers