Thursday, January 12, 2012

DUIT, tak kemana..!


salam sejahtera dan selamat malam..

harini nk cerita about D U I T.. taw tak? haha.. tak taw kn sbb aku tak cerita lagi.. ~lalala...
ok dimulakan dengan kata-kata manis.. pembuka bicara, ucapan alu-aluan ditujukan...
akak2, abang2, pokcik mokcik.. ermm err

okey2..sebelum tu, aku mintak maaf dulu la, if entry kalini agak terbuka, or tersinggung mana pihak, for me.. ia tidak kene mengena dgn orang yg digambarkn @ mewakili mana2 kelompok..

actually cerita pasal DUIT, apa2 sahaja kita boleh buat dengan duit bukan?
(blh kata zaman skrg, duit boleh guna utk apa je), urmm.. ada ape dengan duit ek?

dengan DUIT orang sanggup menipu..
dengan DUIT orang sanggup menfitnah, or santau merasuk (erk!)..
dengan DUIT juga orang sangup bergaduh...
apatah lagi dengan DUIT orang sanggup membunuh.. (nauzubillah!)

haa!.. nampak mcm cakap dibibir je kan, sebenarnya memang berlaku dikalangan masyarakat kita if kita perasan.. okeh, takyah nk pergi jauh la.. boleh amek contoh yg pernah berlaku dlm keluarga aku..

"pernah kerja kat suatu organisasi, gaji yang sepatutnya dapat lbh dari yg diberitahu,
tpi sampai masa, gaji tu ditahan.. duit yg diamanahkan banyak tu kat tngan org atasan, & kemudian.. bagi helah sebab2 yang tak musabah, itu dan ini.. katanya tak de hitam putih, tak berhak untuk duitnye, why not? itu hak yang dijanji sbelum kerja, yang kita ni sebagai org bawahan tak boleh nak kata apa da.." ditipu bulat2.. sabo je, nk tahan caci makian. walhal org yg ada ltr blkg agama pon sanggup menipu cmtuh.. ape nk jadi la kan. (its ok la, just dpt sikit) tapi, ble difikirkan apalah sangat nk ambil duit gaji pekerja, if nk dibandingkan dengan gaji dia (orang atasan) yang lebih besar... ish3! (fikirla sket)

contoh lain.. dlm msyrkt, masalah harta pusaka, orang yang tak sepatutnya terlibat dalam asabah.. pembahgian harta, tetiba ada menuntut hak, walhal hubungan saudara terlalu jauh jika di kaitkan hubungan kekeluargaan? sanggup kan mengaku harta, walaupon bukan hak dia....? (cerita ni penah terjadi)

selain tu, cerita dan berita yang dibaca di dada-dada akhbar, adik bunuh abang, oleh kerana rebutkan duit 50 ringgit, macam tak logik kan!. tpi itulah realiti. kisah masyarakat misalan santau dan sebagainya.. sebab kan harta.. sbb DUIT!

kenapa boleh jadi mcm tu?


jawapanya, sebab manusia terlalu cinta pada harta dunia.. @ gila DUIT
itu yang boleh kita definasikan dengan manusia akhir zaman.

kerana DUIT, hilang agama..
kerana DUIT hilang maruah..
kerana DUIT hilang persaudaraan..

(nauzubillah!)

harta dunia ni kita pinjam je.. tak kemana pon kau bawa duit bnyk2 tuh..
nanti2 mati x bawak dlm kubur!
masing-masing dah Allah tentukan haknye..
Dia uji kita supaya sentiasa bersyukur dengan apa yg Dia beri pinjam..
[ pinjaman sementara ]

"Daripada ka'ab bin i'yadh r.a, Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
"Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat 'fitnah' (kesesatan dan maksiat).
Dan 'Fitnah' terhadap umatku ialah pada harta."
| riwayat al-Tirmizi dan Ahmad |


~nasihat untuk diriku juga yang mudah lupa,
fikir-fikirkan, dan renungan bersama~


"Ya Allah, moga dijauhkan sifat buruk seumpama ini, berlaku keatas aku dan keluarga.."

2 comments:

  1. duit berjuta tak mampu nak beli amalan baik kita diakhirat kelak... mudah2an dijauhkan dari "gila duit" amin.. =)

    ReplyDelete
  2. betol3...duit mmg jadi hal.dan xkemana..tp zmn skrg semua duit..

    ReplyDelete


Photobucket

Followers