Friday, January 21, 2011

Perkara yg diLarang ketika tidur


Assalamualaikum selamat malam semua....

1. Jangan tidur memakai jam tangan.
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun jumlahnya hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

2. Jangan tidur memakai coli (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara..

3. Jangan tidur memakai spender/seluar ketat (buat lelaki juga)
Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa..(untuk udara mudah masuk) Sayangilah Mr Z anda..hehe

4. Jangan tidur membawa handpone.
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

5. Jangan tidur ketika masih memakai make-up.
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

6. Jangan tidur dengan isteri orang (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , ..keh3 XD

7. Jangan tidur tanpa seurat benang (huhu)
Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?

______________

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur yang boleh kita ikuti.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.

sumber : fb & syok.org

No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers