selamat malam dan salam sejahtera.
okey2, entri kalini, just nak menjelaskan kata2 wanita yang menyatakan
"seronoknya jadi LELAKI.." ^^)..ehem, kenapa pula begitu?
si para lelaki mesti akan berkata "mestilah seronok, sebab lelaki lain dari wanita...haha (sambil gelak2 nakal) (takkanlah sama pulak lelaki dengan wanita kan? adoii~)
okey2 entry kalini bukanlah mencari kelemahan, kemarahan, @ kesalahan mana2 pihak,
just perkongsian untuk korang lebih matang dalam berfikir...
mungkin kalangan wanita ada berpendapat, sudah memang itu kerja orang perempuan.
sekadar beberapa pandangan peribadi yang mungkin terlintas difikiran...
jika dilihat, wanita berkata-kata :
pandangan - 1) kerja-kerja seperti membasuh pinggan mangkuk, memasak, sidai baju, kemas di rumah, semua akan menghala kepada adik-beradik perempuan sahaja.. ermm.. tak aci betullah lelaki ni..
pandangan - 2) kalau berumahtangga sudah jadi tanggungjawab wanita, semua kerja akan tertangung pada isteri. perghh... isteri juga bekerja kemudian membantu lelaki dalam pembelanjaan rumahtangga bukan? isterinya dari pagi sibuk memastikan anak2 siap ke sekolah, nak buat sarapan lagi, balik kerja sibuk fikir nak masak, siap memasak melayan karenah anak-anak di meja makan, malam basuh baju, menggosok baju, lipat baju..belum sempat dapat duduk releks, anak minta tolong membantu kerja sekolah, si ayah, dari tadi bersandar di sofa ralit menonton tv tidak dikacau pula... eii.. untungnyelah jadi lelaki ni..
pandangan -3) seronoknya jadi lelaki, sebab tak payah mengandung. tidak perlu nak rasa sakit-sakit, tak perlu nak muntah-muntah, kalau nak anak ramai, minta je kat isteri... bestnya jadi lelaki...
pandangan - 4) lelaki tak perlu nak jaga kulit wajah sangat. jerawat ke jeragat ke, berminyak ke tak ke..ade dikesah? cuba wanita tak jaga kulit muka... macam-macam sindiran dan terguran yg dilemparkan... eii..seronoknya jadi lelaki..
pandangan - 5) lelaki pakai baju berkedut-kedut, orang tidak komplen pon, tapi cuba perempuan pakai baju berkedut..haa berapa bakul orang sekeliling tegur? eii..untunglah jadi lelaki..
pandangan - 6) hari cuti bangun lewat sampai pukul 14 pon, tak ada siapa nak marah, cuba perempuan mungkin suara mak dah menjerit suruh bangun, lebih kuat kepada anak perempuan berbanding anak lelaki..eii, tension jek!! seronoknyelah jadi lelaki...
& banyak lagi yang boleh ditambah diatas, ok.. cukuplah.. antara perkara-perkara
biasa berlaku.. seumpama ini kan..
jawapan lelaki :
pandangan - 1) ia ke macam tu, tapi zaman sekarang lelaki pon dah kena tolong buat kerja rumah, malah dunia dah terbalik, keje2 rumah lelaki biasa buat, kadang-kadang wanita dok releks...contoh akak suruh adik lelaki buat kerja-kerja rumahnye...huhu
pandangan - 2) eh, siapa kata, untunglah perempuan.. sebab wanita solehah @ wanita yang baik akhlaknya, sentiasa membantu suaminya dalam hal-hal menguruskan rumahtangga, tak ke begitu? bagus kan..lagi2 kalau ikhlas, dapat pahala.. cuba fikir, si suami juga sudah bertukus lumus mencari nafkah (rumahnye, pendidikan anak2, wang saku dsb..) untuk menjamin kebahgiaan bersama.
pandangan - 3) yelah, memang best, sebab lelaki tak dikurniakan sifat seperti itu (tapi cuba lihat, apa yg Allah dah beri pada wanita, Dalam-Quran pun ada sebut, wanita yang telah berkorban melahirkan anak, mnyusukan, membesarkan dsb.. pahalanya umpama jihad) lagi2-pengorbanan semasa melahirkan..setiap kesakitan yang ditanggung tu..masya allah~besar pahalanya..^^)
pandangan - 4) eh, tak juga.. rasanya dunia sekarang ramai lelaki yang menjaga penampilan diri, malah rasa malu dan tak sempurna jika tak menjaga kulit muka. lelaki juga ada identiti diri sendiri kan.. betul tak lelaki?
pandangan - 5) emm..kurang setuju, lelaki juga ada rasa segan kalau keluar rumah tanpa baju yang tak bergosok.. tapi tak tahulah kalau jenis yang tak menghiraukan penampilan diri, mungkinlah, tapi rasa2nya lelaki di luar sana lebih memilih penampilan yg segak! setuju lelaki?
pandangan - 6) yup ada benarnya, (lebih-lebih yang tinggal di rumah bujang..hehe) tapi tak semua lelaki yang bersikap sedemikian.. lelaki kebanyakan pagi-pagi dah keluar cari sarapan, (isi perut.. :p) tak pon keluar pergi berjoging..hihi.. (ye kan?)
haha.. mungkin sebilangan kita yang setuju dan sebilangan yang menentang, tak salah pendapat masing2.. tapi ada benarnya, tidak dinafikan.. kita juga harus ingat, lelaki di lahirkan dengan 9 akal dan 1 nafsu manakala wanita pula sebaliknya... maka dengan kelebihan itu, lelaki amat bijak dalam acara-acara "mengelat" demi kebaikan dirinya, ada je alasan dan tektik untuk melepaskan diri dari membuat kerja-kerja seperti di rumah..yg akhirnya diselesaikan oleh pihak perempuan..hehe
tetapi perempuan juga harus tahu..
sebab kenapa wanita dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu, kerana 9 itu terselit naluri wanita, contohnya yang lebih kepada : berhias, menjaga, sifat memahami tanggungjawab, melayan karenah anak, membantu kerja2 rumit, lebih perihatin dan sebagainya.. (ada hikmahnya) sbb itu masing-masing saling mempunyai kait rapat dalam hubungan.
ya aku percaya, ada sebahagian kita terdidik dengan begitu baik oleh ibu bapa agar menghormati tugas masing2 dirumah. bantu membantu dalam menyelesaikan masalah dirumah. tak apalah, apa pun percayalah, insya allah. lelaki sekarang lebih menjaga nilai kesedaran dan tanggungjawab bersama...betul kan lelaki~~huhu..
ok2..klu aku silap sila betulkan, sekadar perkongsian...
fikir-fikirkan dimanakah relivennya??
p/s : ops! sorylah ye, entry kalini agak panjang...(-tett-)
No comments:
Post a Comment