Tuesday, August 30, 2011

hepi Merdeka-54 !!

Salam Sejahtera semua..
buat semua rakyat Malaysia..
Selamat hari kebangsaan ke-54
dgn semangat pengorbanan
menyemai benih-benih
kesyukuran..

alhamdulillah kita msih dikekalkan nikmat
kebebasan, dan kemerdekaan ini, moga2
jiwa dan semangat kita juga begitu...

orait2, dalam kita menghayati kemeriahan
Aidilfitri, tak dilupa supaya kita mengigati
dan menghargai jasa pejuang bangsa..
yang telah melakar sejarah
buat Malaysia ini...

ok, mlm ni, aku nk kongsi
sajak, hope sama2 hayati mksud tersirat
dan tersurat disebaliknya ok... ^^)

v
v

NEGARAKU TERBILANG

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh:- Tun Abdullah Ahmad Badawi (PM Malaysia ke-5)


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers