Friday, January 14, 2011

Indahnya Fadhilat Ayat kursi


Assalamualaikum..salam pagi jumaat, pagini aku nk kongsi sdikit ilmu bersama sbgai amalan kt sehari-harian... mudah2an dpt d'amalkan ^^ | entri harini mngenai fadhilat dlm mengamalkan Ayat kursi.. mgkin klgn kt yg sudh tahu.. tpi jrg d'amalkn... jom! selamat b'amal ^^


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

antara kelebihannya :

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

3) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

4) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

5) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

6) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

Read More..

*sbg perkongsian bersama.. sumber : OhIslam.com


7 comments:

  1. thanx for sharing awk.. :) gud info!

    ReplyDelete
  2. nice sharing..slalu bca lpas s0lat n time nak tid0 jer..fadhilat gini punyer byk pun sy abaikan jugak..ish2..ape la nak jasik kan..huhu

    ReplyDelete
  3. xpe2 atles ade wat... | so taw lps ni leh amalkn slalu, ye dak..^^

    ReplyDelete
  4. nice info..ayat kursi ni memang byk fadhilatnya...ayat ni perlu diamalkan baca selalu..bgus ayat ni

    ReplyDelete
  5. yup.. ayt yg mse turunye d'plihara oleh mlaikt.. | hope dpt sme2 amalkn...atleast skali dlm s'hari... ;)

    ReplyDelete


Photobucket

Followers