Thursday, December 16, 2010

langkah sayup | keseorangan.....



Secebis bingkisan BuatMu

Harini aku terasa sangat sunyi... di manakah pergi, teman-teman..
yang selalu aku dampingi, yang selalu tempat bersenda....
rasa sayup itu tiba-tiba | menyelubungi...

aku masih ingat lagi dahulu..
ketika aku mula menjejaki ke dunia ini..
cuba mencari arah untuk mengapai..
saat itu, aku masih tidak mengerti
makna sebuah persahabatan..

esoknya aku lalui.. ku yakini hari itu.. pasti bahagia
aku berdoa, agar aku dikurnia seorang teman...
namun ternyata, tuhan itu maha mengetahui
tidak membiarkan diri kesunyian tanpa teman..

dari seorang.. aku sudah berasa ramai
itulah nikmat...satu anugerah yang tiada ternilai
kerana aku & sebuah "ukhuwah" Ilahi

kini ku sudah dewasa..jauh sudah ku rentasi dunia
setiap langkah itu ada harapan.. sudah aku pelajari cara hidup ini..
selangkah demi selangkah aku menapak
yang pasti akan aku dapat genggamnya..
suatu saat nanti | kejayaan dimiliki..

Namun aku tidak mudah lupa..
kerana Dia | aku temui kebahgiaan itu..
kerana Dia | aku pandai mencipta kejayaan itu..
dan kerana Dia | aku menjadi yang terbaik..
terima kasih Ya ilahi..

tirai hari melabuh...
hati yang ceria dahulu kembali suram
hati yang ku rasa riang itu, terasa resah..
begitulah kehidupan.. sejauh mana aku melangkah..
akhir langkahnya pasti keseorangan...

buatMu bernama Sahabat
d'sini aku memohon ribuan kemaafan
andai selama ini, aku telah melukai hatiMu
andai selama ini, aku tidak pernah menghargaiMu
andai selama ini, aku tidak berpihak padaMu
[ yang saat itu sepatutnya aku ada....]
andai selama ini, janjiku tidak d'tepati..
jua segala perkara yang mugkin aku terlepas dari pandangan

diriku jua hanya insan biasa.. sentiasa melakukan silap dan dosa.
akan ku kenang segala pengorbanan hari ini
buat pedoman masa hadapan..
moga segala yang keruh menjadi jernih semula
ku harapkan segala kesalahan, kesulitan terlerai disini...
aku berdoa | moga tuhan kurniakan ilham buatku
untuk aku senantiasa | merinduiMu sahabat...

Terima Kasih | SahabatKu

[ nuar el-ummar, 16 Dis 2010 | 5.45 pm ]


No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers