Wednesday, August 11, 2010

bangun SAHUR.


Terima kasih Allah, krn masih m'berikan aku utk rasai dan nikmati RAMADHAN buat kali ini pada tahun 1431 H, alhamdulillah dapat bangun utk hari first ramadhan semata2 mahu rebut keberkatan SAHUR..buat roomate ku jgk, x lupe kwn2 blog yg selalu menjegah kesini...hrp2 sme2 mencari cintaNya.

Jika diteliti, sabda RASULULLAH amat menganjurkan umatnya agar bersahur krn terdapat keberkatan pd waktu itu, spt sbda Baginda S.A.W; "Bersahurlah kamu semua krn sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." [Hadis riwayat al-Bukhari :1923]. maksd kberkatan disini wujudnya ganjaran dan pahala yg besar di dlm ibadah sahur itu.. amln sahur ini jgk adalah utk membezakan antara ibadah puasa org islam dengan puasa org kristian dan yahudi (ahli kitab), spt sbda Baginda S.A.W ; "pemisah (yg membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."
[Hadis Riwayat al-Tirmizi :643].

oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkn amalan bersahur walaupun dgn hanya meminum seteguk air. Sabda baginda S.A.W ; "makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air.Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat keatas orang-orang yang makan sahur." [Hadis Riwayat Ahmad :10664].

sma2 mengambil manfaat dan berkongsi sedikit ilmu, moga kita dapat ganjaran yg terbaik utk tahun ini..mnjdi hambanya yg cemerlang. Sekadar renungan bersama utk entri hari ini..
~selamat menjalani ibadah puasa.

* sumber : majalah i, vol.71.

No comments:

Post a Comment


Photobucket

Followers